Wednesday, June 15, 2011

Cuti sekolah minggu lepas
ambo balik kampung bawa anak belako.....

How happy may parents are especially to tell the story how my younger brother who is now 35 years old to get marreid soon...............

Ya Allah........ panjangkanlah usia ibu dan bapa ku dan berilah mereka kesihatan yang baik. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil.

Betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapaku membesarkan anak-anak dalam kesusahan dan kepayahan mereka membanting tulang. Menoreh getah, menanam padi untuk sesuap nasi untuk anak-anak.
Setitis peluh yang keluar dari tubuh badan mereka, itulah nafas yang aku hela hari ini. Tiada bahasa yang mampu mengungkap pengorbanan kedua mereka, dengan pedih jerih mengharung matahari menanam padi, dan dikejar sang nyamok liar ketika menoreh....

Dan hasil jerih pedih mereka itulah, Allah mengurniakan rezeki kepada aku hari ini, namun tidak mampu aku membalasnya walau secebis.

How I wish my parents will live forever.................. but now my father is 87 years old, while my mom is 73.......... I love them very much.

Sunday, October 10, 2010

Rahsia dan hikmah tersirat di sebalik ibadat haji

Rahsia dan hikmah tersirat di sebalik ibadat haji

Oleh Ibrahim Abdullah Berita Harian 11 October 2010

Rukun Islam kelima simbolik kesatuan umat sejagat tingkatkan ketakwaan kepada Allah FIRMAN Allah bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji nescaya mereka akan datang kepada (Rumah binaanmu) dengan berjalan kaki, dan berkenderaan jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (corak rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah bagi mereka serta menyebut nama Allah pada hari tertentu kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan haiwan ternak untuk dijadikan korban.

Dengan demikian makanlah kamu dari (daging) korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, dan yang fakir miskin
.” Surah al-Hajj, ayat 27-29.

Ibadah haji mempunyai hikmah dan rahsia tertentu bagi memenuhi dua tuntutan iaitu dari segi rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Ia juga banyak mengandungi hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebalik ibadah berkenaan.

Ibadah haji tidak diwajibkan hanya berzikir kepada Allah SWT, menziarahi tempat suci dan menjejaki kesan para nabi, tetapi tujuannya lebih besar iaitu menyatukan umat yang berpecah-belah, berunding dan berbincang, supaya masing-masing kembali ke tanah air membawa azam yang mulia agar menjadi umat yang baik dan bersepadu.

Allah memilih tempat berkat yang pernah menerima rahmat sejak nabi Adam dan Ibrahim AS serta anak cucu mereka yang juga penutup segala nabi untuk mengajar manusia betapa pentingnya kesatuan dan perpaduan di antara mereka. Jalan yang dilalui oleh mereka itu hanya satu jalan saja iaitu jalan nabi, siddiqin, syuhada, dan salihin.

Ibadah haji yang dilaksanakan dengan pakaian ihram tidak berjahit, tawaf mengelilingi Baitullah, saie di antara Safa dan Marwah, wukuf di Arafah, melontar Jamrah, menyembelih haiwan dan dam semuanya mengandungi erti simbolik dan menjadi tujuan utama daripada penunaian ibadah haji.
Ihram yang menjadi nasak ibadah haji pertama dilakukan, membawa erti pembebasan diri daripada keinginan hawa nafsu dan daya tarikan daripada pengaruh luar selain Allah. Ihram melambangkan penumpuan sepenuhnya kepada kebesaran dan keindahan zat dan sifat Allah. Membebaskan ikatan kedudukan dan pangkat, darah, keturunan, harta, miskin, kaya yang sering memisahkan seseorang daripada saudara seagama dan kemanusiaan.
Tawaf di Baitullah al-Haram diperlukan mengelilingi sebanyak tujuh keliling walaupun bersesak keadaannya dalam mencari ketaatan kepada Allah.
Saie antara Safa dan Marwah dilakukan selepas tawaf, membayangkan erti mengejar rahmat dan pengampunan Allah.
Wukuf di Arafah pula, mengertikan pengorbanan perasaan takutkan Allah. Dengan doa restu yang dimohon dan harapan tinggi dipanjatkan kepada Allah. Di sinilah kemuncak ibadah haji, tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas lama mereka berpisah sejak diturunkan dari syurga.

Melontar Jamrah adalah simbol kutukan kepada unsur kejahatan yang sering membinasakan manusia. Melontar juga membayangkan keazaman dan tekad untuk tidak lagi melakukan amalan yang mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan masyarakat.
  • Penyembelihan haiwan untuk membayar dam mengertikan kesucian kerana darah yang ditumpahkan itu seolah-olah darah kotor, dan membayangkan pengorbanan kerana menuntut keredaan Allah. Antara implikasi yang sangat berfaedah diperoleh daripada pelaksanaan ibadah haji, menurut Dr Yusuf Qaradawi ialah:
    Mengisi bekalan kerohanian bagi hati dan jiwa manusia dengan iman dan takwa. Dengan keazaman dan semangat meningkatkan ketaatan kepada Allah, kecintaan kepada rasul-Nya, kesedaran tanggungjawab terhadap sesama Islam pada keseluruhannya. Tanah suci dan tempat yang dilawatinya meninggalkan kesan mendalam pada hati seseorang Muslim, dan bila pulang ke tanah air dengan hati yang bersih, berakhlak mulia dan semangat menentang segala bentuk kemungkaran. Jika haji dikerjakan itu mabrur dan ikhlas, kesannya lebih positif berfungsi melahirkan manusia berwawasan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan kekotoran dosa dan kefasikan, nescaya bersih daripada dosanya seperti pada hari ia dilahirkan ibunya.”
  • Ibadah haji berfungsi meluaskan ufuk pemikiran seorang Muslim, menghubungkan dirinya dengan alam sekitar, dengan mening-galkan keluarga, tanah air, berkorban harta benda dan jiwa, bertujuan melatih manusia supaya bersedia menanggung kepayahan.
  • Dari aspek kebendaan, ibadah haji membuka peluang mengadakan pertukaran barang perniagaan di kalangan umat Islam. Firman Allah bermaksud: “Tiada apa-apa kesalahan bagi kamu untuk mencari kelebihan rezeki daripada Tuhan kamu.” Surah al-Baqarah, ayat 198 Perlu diingat urusan perniagaan tidak menjejaskan ibadah haji seseorang.
  • Menyemarakkan semangat perpaduan, melatih insan menghidupkan prinsip kemanusiaan yang tinggi dan mulia yang dibawa Islam. Perpaduan dan dasar kesatuan ummah sejagat. Pada masa jahiliah orang Arab mengambil kesempatan pada musim haji untuk menunjukkan kemegahan masing-masing, dengan keturunan dan pangkat. Lalu Rasulullah SAW menyampaikan ucapan yang sangat penting untuk mengajar mereka ajaran Islam yang bersifat antarabangsa. Antara kandungan ucapan Baginda ialah: “Wahai manusia, Tuhan kamu satu, bapa kamu juga satu, ingatlah tiada keistimewaan orang Arab atas orang bukan Arab, tiada keistimewaan kulit putih atas kulit hitam, tiada keistimewaan kulit hitam atas kulit putih, kecuali kerana takwa.”
  • Mewujudkan rantau aman dan sejahtera dalam tempoh ibadah haji. Tetamu Allah di Tanah Suci mengadakan perjalanan yang aman menuju bumi dijamin Allah, bumi yang dibangun padanya Baitul Haram (Rumah yang dikawal). Kawasan aman dikenali sebagai Tanah Suci, bukan hanya menjamin kepada manusia, tetapi meliputi burung di udara dan di daratan, pokok dan rumput rampai semuanya wajib diberi perlindungan, tidak boleh dibunuh haiwan dan dipotong pokok. Inilah keamanan yang tidak pernah dirasai mana-mana kawasan dunia lainnya yang dianugerahkan Allah Taala.
  • Muktamar dan perhimpunan agung sedunia ada dalam ibadah haji. Mereka menghadiri muktamar ini tidak diundang mana-mana pihak selain Allah. Allah mewajibkan hamba-Nya menunaikan ibadah ini setiap tahun. Dalam muktamar tahunan ini, semua golongan masyarakat hadir menemui saudaranya seluruh dunia, pemimpin, tokoh politik, ulama dan sebagainya berbincang mencari persefahaman untuk mewujudkan suatu jalan yang lebih baik bagi mencapai cita dan wawasan umat Islam sejagat. Rasulullah SAW mengingatkan umatnya betapa pentingnya muktamar ini, yang mana Baginda menaiki mimbar dan berucap yang menyentuh kepentingan seluruh umat Islam pada musim haji wadak, iaitu hubungan antarabangsa dibincang bersama dalam kesempatan berkenaan.

Allahua'lam

Monday, October 4, 2010

Siapa Cikgu Saya

Siapa Cikgu Saya


Balik kampung hari tu, saya tunjuklah kepada anak-anak saya – inilah sekolah abah dulu, Sek Keb Pasir Puteh (Lelaki) http://ms.wikipedia.org/wiki/SK_Pasir_Puteh_(L)

Anak-anak saya bertanya “Siapa nama cikgu abah dulu?

Isk isk isk bukan senang nak jawab sebab dah tak ingat!. Macam mana boleh lupa nama-nama cikgu ni??? Kalau ta silap, inilah senarai guru kelas (sekolah rendah) yang saya ingat

  • 1979 Darjah 1B : Cikgu Fatimah
  • 1980 Darjah 2A : Cikgu Zaharah (harap-harapi betul sebab tak berapa ingat)
  • 1981 Darjah 3A : Cikgu Khadijah
  • 1982 Darjah 4A : (tak ingat langsung)
  • 1983 Darjah 5A : Cikgu Shamsiah
  • 1984 Darjah 6A : Cikgu Noratiah Hassan Zaki

Tapi sedihnya saya dah tak ingat nama guru-guru kelas semasa di sekolah menengah (SHAMS) yang http://smkasam.bpi.edu.my/

http://smkasam.bpi.edu.my/v1/

Seorang yang saya paling ingat ialah cikgu Solehah, guru kelas tingkatan 5A2 (bila ingat-ingat balik kompius jugak betul ke tidak Cikgu Solehah ni guru kelas 5A2 dulu?). Teruknya aku. Daripada lima orang guru kelas semasa sekolah menengah, hanya seorang yang saya masih ingat. Minta maaf cikgu.

Sebaliknya untuk sekolah rendah, dari 6 orang, 5 yang saya masih ingat, termasuk Cikgu Fatimah yang mengajar masa darjah 1B, back in 1979, 31 years ago.

Malah saya masih boleh bayangkan wajah Cikgu Fatimah, yang bertahi lalat kat tepi dagu, dan selalu memakai baju warna kuning (ye ke? atau kerana rumah beliau berwarna kuning). Cikgu rasmi yang pertama, mengajar ABC (nota: saya tidak pernah ke tadika / kindergarten, so cikgu darjah satu adalah yg pertama)

Apa-apa pun, jutaan terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya..........

anak kedua tanya, "masa sekolah dulu abah jadi pengawas ke tak?"
saya jawab "tak!"
"haaa abah nakal masa sekolah dulu ye!" itu lah kata-kata anak kedua saya kerana saya tidak dilantik pengawas zaman sekolah dulu.

he he he, betul ke aku nakal masa sekolah dulu........ hanya cikgu yang tahu. Mungkin cikgu Shamsiah dan cikgu Noratiah mengaggap saya nakal! dan cikgu Noraini (Guru Perpustakaan) mengambil saya menjadi pengawas perpustakaan masa darjah 6.

Monday, September 27, 2010

Haji Muda

Setiap kali tiba musim haji, hati saya sering terusik, jiwa menjadi sedih dan sayu entah mengapa. Setiap kali itu juga saya teringat kepada buku Haji Muda.

Saya mengerjakan haji bersama isteri pada tahun 2008, pada usia saya 36 tahun. Banyak perkara yang saya pelajari semasa di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Maha Besar Allah, isteri saya 'dijemput' sekali lagi untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya (2009) kerana menemani ibunya yang tercicir nama pada tahun 2008 untuk pergi bersama kami.

Sekembalinya saya dari Mekah tempoh hari, terdetik di hati saya untuk menulis buku untuk menggalakan umat Islam khususnya kwan-kawan sebaya saya untuk menunaikan haji pada usia yang muda. Saya terus ke kedai-kedai buku dan melayari internet untuk menulis berkaitan topik ini. Dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan buku Haji Muda, karangan Dr. Ridzwan Bakar dan terus membeli dan membacanya (saya tidak menemui buku ini sebelum ke Mekah).

Saya dapati buku Haji Muda amat baik dan berguna lalu saya war-warkan kepada rakan-rakan saya supaya membacanya, dan ada antara mereka telah membeli. Pertama sekali syukur kerana Allah mempertemukan saya dgn buku Haji Muda, walaupun sebelum ke Mekah, saya telah melihat berbagai buku berkaitan haji namun tidak pernah ternampak tajuk Haji Muda ini. Kerana apa yang ada dalam kotak fikiran untuk saya menulis telah ditulis hampir 80-90% di dalam buku Haji Muda. Kisah-kisah yang dialami oleh penulis hampir sama dengan apa yang saya lalui semasa saya di sana.

Jadi saya pendamkan hasrat saya untuk menulis berkaitan menunaikan haji di usia muda, memandangkan telah ada buku Haji Muda karangan Dr. Ridzwan tersebut. Namun sehingga kini, saya merasa kosong, dan terasa saya perlu menulis sesuatu untuk dikongsi sesama umat islam. Saya juga sering bermimpi bahawa ada sesuatu yang belum ditulis oleh sesiapa dan saya perlu menulisnya tetapi saya tidak mempunyai klu, apakah topik yang patut saya cover.

Jika ada apa-apa candangan. I would appreciate it very much. Dan juga doakan semoga saya akan berjaya dalam penulisan ini dan mampu menjejakkan kaki ke Tanah Suci lagi.

Kawan-kawanku, tunaikanlah Haji semasa anda masih sihat bertenaga. Alangkah ruginya kalau kita tidak memanfaatkan lima perkara sebelum tibanya lima perkara sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w dgn sabdanya yang bermaksud : "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Renung-renungkanlah
  • Sihat sebelum Sakit - kita tidak selamanya sihat, makin umur bertambah 'peluang' untuk mendapat sakit semakin terbuka.
  • Kaya sebelum Sempit - usahalah dengan membuat perancangan kewangan yang rapi. Kita tidak tahu rezeki kita di masa hadapan
  • Masa Lapang sebelum Sibuk - kalau nak kira bila lapang memang tak pernah ada masa lapang kita
  • Muda sebelum Tua - setiap saat setiap detik umur kita bertambah tua
  • Hidup sebelum Mati - apa lagi nak dikata........... kalau sudah mati

Saturday, September 25, 2010

Anak-anakku dan Penyu

Bring us ke Kuala Penyu. Visit to Kuala Penyu, Sabah April 2010




















Mana penyu saya...? Where goes my turtle...? I want my turtle!!. One of you please step down.
No way! We are standing high.
Hey, the 'Negaraku' song is sing now. Stop and stand straight!





Muhammad Zaid Luqman - Anak Bongsuku


Muhammad Zaid Luqman, anak ke 4, juga anak bongsuku, paling 'nakal' dengan aksi-aksinya yang melucukan.
Aksi dalam flight ke Kota Kinabalu, April 2010.
Masa ni dahi masih licin. Sekarang atas dahi ada parut langgar dinding


Tuesday, September 21, 2010

Aku, Lim dan Islam

I received this article through an email from a friend of mine. The content seem interesting for sharing. 'Kebetulan' Jeram Pasu is just a cycling away from my parent's house. I used to cycle to Jeram Pasu to dive in its 'cool-ice' pond

I am not sure this story is a real story (kisah benar) or a fabricated, but worth to read and share


Aku, Lim dan Islam

Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..